Saturday, February 21, 2015

0tak sedang ting~tong



Aku.apa yang perlu aku lakukan.apa yang ingin aku lakukan.apa yang aku perlukan.aku pun tak tau. Arghh, kusut dan berat fikiran yang aku rasakan. Berdepan dengan reality yang tak pasti ataupun itu kifarah dosa buatku. Ampunkan aku ya Allah. Mungkin akhirnya perbuatanku dulu menjerat diri sendiri kini. Adakah benar seperti yang dibaca suatu ketika dahulu. Semakin dekat seseorang kepada Allah, semakin dekat juga hatinya pada pasangannya. Dulu aku yang merakan sebaliknya, tapi kini, dia yang sedang mengalami itu aku jangka. Sejak kembalinya dia di situ, semakin lain semuanya. Tidak ku pasti. Adakah hanya mainan perasaanku ataupun benar2 terjadi. Dia yang berubah secara mendadak membuatkan aku berfikir, inilah permualaan untuk pengakhiran hubungan ini. Perasaan dan keadaan yang sama seperti yang pernah dilalui dahulu. Ketika itu, aku hanya berdiam diri dan menunggu keadaan pulih seperti biasa. Malangnya, tiada apa yang berubah. Sudah tiada jodoh mungkin. Aku tidak mempunyai apa2 kuasa untuk menghalang apa yang berlaku. Sama seperti situasi sekarang, hanya menanti apa yang berlaku, berdiam diri dan pasrah. Aku yang selalu berfikiran, tiada apa yang layak untuk aku. Aku hanya manusia yang hina dan kerdil. Tiada apa yang dapat aku lakukan untuk menuntut bela hak aku, meminta agar keadaan pulih seperti sediakala. Ibarat bermimpi di siang hari. Dia. Yang seringkali kukeliru dengan tingkahlaku, fikiran dan apa saja. Dia yang sering berpesan, ‘belajarlah memahami orang lain’. Bila aku bertanyakan, ‘aku ni tidak cuba memahami orang lain ke?’. Jawapannya, hanya berdiam dan tersenyum memandangku. Dia. Yang semakin kurasakn kehilangannya apabila tingkahlakunya semakin belainan dari sediakala. Dahulu, walaupun jam berdetik pukul 1, dia tetap menanti aku membalas pesanan ringkas darinya. Tapi kini, alasannya pukul 1, tidak mahu menganggu aku kerana esok aku bekerja. Sebelum ni, aku juga bekerja, rutin yang sama tetapi mengapa berubah. Sudah tawar hati mungkin. Dulu, dia yang selalu berpesan, bangun tidur, balaslah apa2 mesej yang dia hantarkan ketika aku tidur, jangan ‘ignore’kn je. Kini, dia yang sebegitu. Mengertilah aku perasaannya dahulu bagaimana. Sejak pulangnya dia ke sana, semakin kerap dia menyepi. Mungkin sibuk dengan keadaan di sana, fikir aku untuk menyelesakan hati sendiri. Terkadang bangun malam, aku berfikir tentangnya seketika sebelum terlelap kembali. Bodohnya aku, patutnya aku bertahajud, memohon keampunan atas dosa2 aku yang berlambak itu. Dalam keterpaksaan, aku cuba, cuba mengikut rentaknya. Dia berdiam, aku turut berdiam untuk mengerti dan memerhati apa yang terjadi. Walaupun apa yang terjadi, aku serahkan pada Tuhanku. Dia yang lebih mengetahui. Walaupun pedih dan sakit kemudian hari, aku terima. Kifarah buat dosa2ku. Semaga dia dalam lindungan Mu ya Allah. Jika hatinya pada yang lain, Kau titipkanlah insan yang baik buatnya. Aamiin. Saya sayang awak.

Sekian.


~ Opssss, termengarut sudeyyy~