Aku.apa yang perlu aku
lakukan.apa yang ingin aku lakukan.apa yang aku perlukan.aku pun tak tau. Arghh,
kusut dan berat fikiran yang aku rasakan. Berdepan dengan reality yang tak
pasti ataupun itu kifarah dosa buatku. Ampunkan aku ya Allah. Mungkin akhirnya
perbuatanku dulu menjerat diri sendiri kini. Adakah benar seperti yang dibaca
suatu ketika dahulu. Semakin dekat seseorang kepada Allah, semakin dekat juga
hatinya pada pasangannya. Dulu aku yang merakan sebaliknya, tapi kini, dia yang
sedang mengalami itu aku jangka. Sejak kembalinya dia di situ, semakin lain
semuanya. Tidak ku pasti. Adakah hanya mainan perasaanku ataupun benar2
terjadi. Dia yang berubah secara mendadak membuatkan aku berfikir, inilah
permualaan untuk pengakhiran hubungan ini. Perasaan dan keadaan yang sama
seperti yang pernah dilalui dahulu. Ketika itu, aku hanya berdiam diri dan
menunggu keadaan pulih seperti biasa. Malangnya, tiada apa yang berubah. Sudah
tiada jodoh mungkin. Aku tidak mempunyai apa2 kuasa untuk menghalang apa yang
berlaku. Sama seperti situasi sekarang, hanya menanti apa yang berlaku, berdiam
diri dan pasrah. Aku yang selalu berfikiran, tiada apa yang layak untuk aku.
Aku hanya manusia yang hina dan kerdil. Tiada apa yang dapat aku lakukan untuk
menuntut bela hak aku, meminta agar keadaan pulih seperti sediakala. Ibarat
bermimpi di siang hari. Dia. Yang seringkali kukeliru dengan tingkahlaku,
fikiran dan apa saja. Dia yang sering berpesan, ‘belajarlah memahami orang
lain’. Bila aku bertanyakan, ‘aku ni tidak cuba memahami orang lain ke?’.
Jawapannya, hanya berdiam dan tersenyum memandangku. Dia. Yang semakin kurasakn
kehilangannya apabila tingkahlakunya semakin belainan dari sediakala. Dahulu,
walaupun jam berdetik pukul 1, dia tetap menanti aku membalas pesanan ringkas
darinya. Tapi kini, alasannya pukul 1, tidak mahu menganggu aku kerana esok aku
bekerja. Sebelum ni, aku juga bekerja, rutin yang sama tetapi mengapa berubah.
Sudah tawar hati mungkin. Dulu, dia yang selalu berpesan, bangun tidur,
balaslah apa2 mesej yang dia hantarkan ketika aku tidur, jangan ‘ignore’kn je.
Kini, dia yang sebegitu. Mengertilah aku perasaannya dahulu bagaimana. Sejak
pulangnya dia ke sana, semakin kerap dia menyepi. Mungkin sibuk dengan keadaan
di sana, fikir aku untuk menyelesakan hati sendiri. Terkadang bangun malam, aku
berfikir tentangnya seketika sebelum terlelap kembali. Bodohnya aku, patutnya
aku bertahajud, memohon keampunan atas dosa2 aku yang berlambak itu. Dalam
keterpaksaan, aku cuba, cuba mengikut rentaknya. Dia berdiam, aku turut berdiam
untuk mengerti dan memerhati apa yang terjadi. Walaupun apa yang terjadi, aku
serahkan pada Tuhanku. Dia yang lebih mengetahui. Walaupun pedih dan sakit
kemudian hari, aku terima. Kifarah buat dosa2ku. Semaga dia dalam lindungan Mu
ya Allah. Jika hatinya pada yang lain, Kau titipkanlah insan yang baik buatnya.
Aamiin. Saya sayang awak.
Sekian.
~ Opssss, termengarut sudeyyy~