Sunday, April 13, 2014

Kerana cinta yang salah~





Kerana cinta yang salah, berapa ramai yang telah terlanjur?

Sama ada ringan-ringan atau berat-berat. Dosa tetaplah dosa. Sama ada ianya dosa dari titik hitam di hati atau zina mata, tangan dan hati. Dosa tetap dah tercatat dalam buku amalan diri.
Persoalannya, adakah kita boleh melabel seseorang yang telah buat dosa seperti ini sebagai barang second hand. Barangan terpakai? Ya lah, sudah disentuh, sudah diraba, sudah dipegang-pegang, sudah dicium dipeluk dan apa-apa saja lagi. Si pelaku (lelaki) yang rosakkan juga adalah cap ayam. Murahan dan tiada maruah. Begitu jua dengan yang diperlakukan dan merelakan (perempuan). Tiada cop dikenakan pada hanya sebelah pihak. Kedua-duanya sekali bersalah dalam hal ini.

Adakah aku barangan terpakai?
Ya. Jika tidak bertaubat.
Jika sudah bertaubat?
Jika sudah taubat Nasuha (bersungguh-sungguh insaf tiada lagi siaran ulangan dosa), maka tiada lagi label barangan terpakai atau buangan. Bahkan kamu adalah bidadara dan bidadari dunia akhirat kembali. Suci seperti bayi. Macam baru keluar dari kilang. Fresh. Tanpa dosa dan noda.


-copy  from { Bercinta Selepas Nikah }


No comments:

Post a Comment