Assalamualaikum~
Hmm..x tau nak tulis ape sebenarnye..tp time cuti mid sem hari
tu, aku balik umah..duk umah besenye x buat pape pon slain tlg mak, lyn movie ngn adk2 n lyn kerenah bdk kecik
sorg tu..ade la 1 mlm tu, terase bosan je xtau nak wat pe,adk aku sume da
tido, tinggal la aku sorg je yg x ngantok lg..cerah lak mate mlm ni, pdahal sebelum2
ni, kemain lagi cepat je nak tertutup…drp duk boring2, aku pn belek la laptop ni cari cite ape yg blh
dilayan..aku pon trbuka 1 article yg menarik prhatian aku..artikel tu mengenai
tips perkahwinan…hohoho..hurmmmm..kursus kahwin da pegi, tapi utk kahwin tu........, byk lg yang perlu di fikirkan…kuikuikui..
So,sambung cite pasal tips perkahwinan,dalam tip tu banyak
la die punye KETIKA tu ~ hahaha..
- KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu bagi anak2 kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak2 kita...hmmm..betul3..
- KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah (melalui org tua/wali si gadis)
- KETIKA AKAD NIKAH : Anda bukan menikah dihadapan penghulu,tetapi dihadapan Allah. Ade penghulu eh mase kite kahwin nnt,xtau plak aku~
- KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung tetamu yg dtang untuk mendoakan anda kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia2kan doa mereka.
- KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah, anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
- KETIKA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA: Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melaui jalan bertabur bunga,tapi juaga semak belukar yang penuh onak dan duri..sebab tu ade pepatah melayu berbunyi jangan berumah ditepi pantai jika takut dilabung ombak..tp ntah betul ntah x peribahasa yg aku tulis ni,dah lame sgt tinggalkan bhsa mlyu..hehe..
- KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling lepas tangan,tapi sebaliknya semakin erat berpegang tgn,percaya antra 1 sama lain..
- KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%
- KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintailah anak anda masing2 100%
- KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM: Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding dengan tingkat ketaatn suami dan isteri..Daripada statement ni, aku nak tambah sikit ape yg pernah aku baca iaitu kesetiaan seorang perempuan tu teruji apabila lelaki itu tiada pape dan kesetian seorang lelaki tu teruji apabila dia memiliki segalanya.
- KETIKA EKONOMI BERKEMBANG: Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
- KETIKA ANDA ADALAH SUAMI: Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda. Aku menharapkan seseorang yg dapat menerima kekurangan n kelebihan aku seadanya,kerana siapa pun kamu sebagai jodohku, aku terima kamu seadanya~
- KETIKA ANDA ADALAH ISTERI: Tetapkan berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.diharapkan aku dapat menjd isteri yg baik, dan someone yang dapat memberi ketenangan kepada suamiku..amin~
No comments:
Post a Comment