Saturday, November 23, 2013

peaceful~ find on your own..



As salam...

Terasa lost cket malam ni...haha...tak tahu la bkpe kannn2~ mcm gediks je...
Sedang aku meneliti post2 di wall fb, terpandang 1 post ni yang friend aku share, lantas terus ke page tu untuk membacanye dengan lebih lanjut..

Demikian post yang nice tu, menarik minat aku untuk share kan dekat sini~

LELAKI yang tenang itu, adalah LELAKI yang menjaga solatnya.
34x sujud dalam sehari, adalah titik ketenangan.

Sebab tu WANITA, kalau tak boleh SOLAT, emosi tak stabil.
Sebab tak dapat 34x sujud setiap hari die 'cuti'.
(owh, ptt ler emo je mlm ni..tapi ppuan mmg slalu dikaitkan dengan emosi)

SOLAT 5 waktu = 34x sujud. Jumlah sujud ni, cukup utk memberi ketenangan kpd kita. Jadi, terjaga SOLAT, maka temuilah kita dgn ketenangan tu.

Menjaga SOLAT, bukan saje solat 5 waktu, tapi SOLAT di awal waktu. Sujud yg dapat pada awal waktu akan menyumbang ke arah ketenangan.

So, ada yang mengatakan, LELAKI yang panas baran, mungkin berpunca dari solatnya yg tidak dijaga.

Last but not least, resepi ketenangan datang dari solat yang dijaga. Jangan lewat-lewatkan solat.
Nasihat untuk diri sendiri dan semua ♥♥





Wednesday, November 6, 2013

Beberapa 'ketika' ~ sebelum mendirikan masjid


Assalamualaikum~

Hmm..x tau nak tulis ape sebenarnye..tp time cuti mid sem hari tu, aku balik umah..duk umah besenye x buat pape pon slain tlg mak, lyn movie ngn adk2 n lyn kerenah bdk kecik sorg tu..ade la 1 mlm tu, terase bosan je xtau nak wat pe,adk aku sume da tido, tinggal la aku sorg je yg x ngantok lg..cerah lak mate mlm ni, pdahal sebelum2 ni, kemain lagi cepat je nak tertutup…drp duk boring2, aku pn  belek la laptop ni cari cite ape yg blh dilayan..aku pon trbuka 1 article yg menarik prhatian aku..artikel tu mengenai tips perkahwinan…hohoho..hurmmmm..kursus kahwin da pegi, tapi utk kahwin tu........, byk lg yang perlu di fikirkan…kuikuikui..
So,sambung cite pasal tips perkahwinan,dalam tip tu banyak la die punye KETIKA tu ~ hahaha..

  1. KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu bagi anak2 kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak2 kita...hmmm..betul3..
  2. KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah (melalui org tua/wali si gadis)
  3. KETIKA AKAD NIKAH : Anda bukan menikah dihadapan penghulu,tetapi dihadapan Allah. Ade penghulu eh mase kite kahwin nnt,xtau plak aku~
  4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung tetamu yg dtang untuk mendoakan anda kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia2kan doa mereka.
  5. KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah,  anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
  6. KETIKA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA: Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melaui jalan bertabur bunga,tapi juaga semak belukar yang penuh onak dan duri..sebab tu ade pepatah melayu berbunyi jangan berumah ditepi pantai jika takut dilabung ombak..tp ntah betul ntah x peribahasa yg aku tulis ni,dah lame sgt tinggalkan bhsa mlyu..hehe..
  7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling lepas tangan,tapi sebaliknya semakin erat berpegang tgn,percaya antra 1 sama lain..
  8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%
  9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%  dan cintailah anak anda masing2 100% 
      
  10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM: Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding dengan tingkat ketaatn suami dan isteri..Daripada statement ni, aku nak tambah sikit ape yg pernah aku baca iaitu kesetiaan seorang perempuan tu teruji apabila lelaki itu tiada pape dan kesetian seorang lelaki tu teruji apabila dia memiliki segalanya.
  11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG: Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
  12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI: Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda. Aku menharapkan seseorang yg dapat menerima kekurangan n kelebihan aku seadanya,kerana siapa pun kamu sebagai jodohku, aku terima kamu seadanya~
  13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI: Tetapkan berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.diharapkan aku dapat menjd isteri yg baik, dan someone yang dapat memberi ketenangan kepada suamiku..amin~




Thursday, October 17, 2013

Aslyn - That's When I Love You

"That's When I Love You"



When you have to look away
When you don't have much to say
That's when I love you
I love u, just that way
To hear you stumble when you speak
Or see you walk with two left feet
That's when I love you
I love you endlessly
And when you're mad 'cause you lost a game
Forget I'm waiting in the rain
Baby, I'll love you
I'll love you anyway

'Cause here's my promise made tonight
You can count on me for life
'Cause that's when I love you
When nothing you do can change my mind
The more I learn, the more I love
The more my heart can't get enough
That's when I love you
When I love you
No matter what

So when you turn to hide your eyes
'Cause the movie- it made you cry
That's when I love you
I love you
A little more each time
And when you can't quite match your clothes
Or when you laugh at your own jokes
that's when I love you, I love you
More then you'll know
And when you forgot that we had a date
Or that look that you give when you show up late
Baby, I'll love you
I'll love you anyway

So here's my promise made tonight
You can count on me for life
'Cause that's when I love you
When nothing you do can change my mind
The more I learn, the more I love
The more my heart cant get enough
That's when I love you
When I love you
No matter what

Ohh that's when I love you when nothing baby, nothing you do could change my mind
The more I learn, the more I love, the more my heart can't get enough
That's when I love you, when I love you no matter what

Ohhhh no matter what





Saturday, October 5, 2013

One step to change~



As salam..

Setelah sekian lama tak view my own blog, akhirnya ada seorang hamba Allah ni telah membuatkan aku sign in kembali blog ni..Thanks to you my dear.. Mungkin Allah telah mengutuskan awak untuk memperbetulkan kesilapan saya untuk post2 yang merapu selama ni..Terasa malu selepas view the older post..Then I think I should make positive changes..hurmmm~

Wednesday, February 22, 2012

♥ A little love story ♥



Jika kamu memancing ikan.....
Setelah ikan itu melekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu.....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.........


Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... 
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... 
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... 
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... 
Cukuplah sekadar keperluanmu.... 
Apabila sekali ia retak....
Tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... 
Akhirnya ia dibuang.... 
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... 
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa....
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... 
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.....
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... 
Yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan...... Berkhasiat.....
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan....
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya......
Kamu akan menyesal.........

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.......
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain....
Terlalu mengejar kesempurnaan......
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL.......


Sunday, February 19, 2012

~KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA~





Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia" ||

~dipetik drpd post kwn~





Friday, September 30, 2011

7 Perkara Yang Membuat Kite Bermotivasi Di Pagi Hari

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab kiteni masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, ada lg kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang kte nk jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang kte dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, kte menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah

Sebagai seorg student, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup kte mcm dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap kte. Set target apa yang kte nk capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Set target berapa bab yang kte nak ulangkaji, berapa buah buku yang kte nak baca dalam minggu ni, berapa soalan kte nak bertanya pada lecturer.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, kte jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, kte jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Berubahlah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.